Sunday, 18 May 2014

KARNIVAL BAHASA INGGERIS  

"LANGUAGE GAMES" 

PERINGKAT ZON JAGUH

                Karnival Bahasa Inggeris telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tok Sera  pada 16 April 2014 yang lalu. Karnival ini khusus kepada Permainan Bahasa @ Language Games. Semua sekolah zon jaguh telah mengambuil bahagian dalam aktiviti ini. Penyertaan murid-murid yang aktif menambahkan kemeriahan karnival ini. 

                   Sebanyak 5 stesen permainan bahasa yang diketengahkan seperti "Word Train", "Word Scramble", "Spelling", "Word Search" dan "Crossword Puzzle".

Matlamat utama karnival ini ialah:
  • Mencintai Bahasa Inggeris
  • Menguasai Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan peratus pencapaian lulus dan cemerlang dalam Bahasa Inggeris
Kerjasama semua guru-guru semua sekolah zon jaguh amat bagus sekali. Setinggi-tinggi penghargaan kepada yang terlibat menjayakan program ini.







Friday, 7 March 2014

PERTANDINGAN CERITA DAN PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2014

Pada 04 Mac 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tok Sera telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Cerita (Tahap I dan II) dan Pidato Piala KPM Sekolah Randah Peringkat Daerah Kuantan bagi tahun ini.
Pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat Daerah Kuantan. Empat Zon dalam Daerah Kuantan yang terlibat iaitu; Zon Perkasa, Zon Perdana, Zon Juara dan Zon Jaguh. Seramai 2 orang wakil setiap zon bagi setiap kategori pertandingan yang melibatkan 24 orang peserta, seramai 24 orang guru pengiring dan 27 orang guru sebagai jawatankuasa tenikal dan kehakiman.

Sebanyak tiga tempat pertandingan disediakan seperti berikut:
1.   Dewan Bestari - Pidato Piala KPM Sekolah Rendah

2.   Pusat Sumber   - Cerita Tahap II

3.   Bilik Dunia Muzik - Cerita tahap I


Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hamdan selaku wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan kerana memberi peluang kepada Sekolah Kebangsaan Tok Sera menjadi tuan rumah pertandingan ini. Jutaan terima kasih juga kepada zon-zon yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Sekalung penghargaan kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua guru dan kakitangan pendidikan yang bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini.
Semoga Kuantan akan sentiasa maju ke hadapan.

Majlis bersurai pada jam 1.30 petang.

Gambar-gambar Pendaftaran
 




 Gambar-gambar TaklimatPara Hakim di Bilik Mesyuarat SK Tok Sera







Gambar-gambar Pertandingan Cerita Tahap I Peringkat Daerah Kuantan








Gambar-gambar Pertandingan Cerita Tahap II Peringkat Daerah Kuantan







Gambar-gambar Pertandingan Pidato Piala KPM Peringkat Daerah Kuantan












Wednesday, 19 February 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 SESI 2014 / 2015

Makluman.

Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :-

Tarikh   :   21 FEBRUARI 2014 (Jumaat)
Masa    :   3.00 Petang
Tempat :   Dewan Bestari SK Tok Sera

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan bagi menjayakan Mesyuarat Agung kali ini.


Sunday, 23 June 2013

MAKLUMAN PENTING

Berhubung perkara berdasarkan pernyataan di Laman Muka Buku PPD Kuantan.


Oleh itu Sekolah Kebangsaan Tok Sera adalah tertakluk terhadap pernyataan berikut. Sekolah Kebangsaan Tok Sera akan bercuti (CUTI BERGANTI) SATU hari, Isnin (24 Jun 2013). Tarikh sekolah ganti akan dimaklumkan kelak.
Mohon sebarkan kepada ibu bapa/penjaga dan murid-murid sekolah.