
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tok Sera telah dibina di atas tapak
seluas 5.5 ekar dan lokasinya
bersebelahan dengan kawasan perumahan Taman Pelindung dan Pejabat Kesihatan
Daerah Kuantan iaitu kira-kira 6 kilometer dari pusat Bandar Kuantan.
Bangunan sekolah ini siap dibina serta diserahkan oleh
Pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
pada 16 November 1998. Tarikh rasmi sekolah dibuka pada Januari 1999 tetapi hanya beroperasi pada 4 Januari 1999
iaitu hari pertama penggal persekolahan bagi tahun tersebut. Tarikh tersebut
juga SK Tok Sera beroperasi bersama dengan Sekolah Menengah Tok Sera yang
menumpang sementara menunggu bangunan sekolah tersebut siap dalam pembinaan.
SMK Tok Sera telah menggunakan bangunan Blok A.

Bilangan guru pada
tahun 1999 ialah seramai 18 orang dan 2 orang staf sokongan, sementara pekerja
swasta bahagian pembersihan adalah seramai 4 orang serta seorang pengawal
keselamatan. Jumlah murid pula seramai
350 orang.
Pada tahun 2013, bilangan guru layak diterima adalah
seramai 54 orang dan staf sokongan 6 orang. Manakala pekerja swasta bahagian
pembersihan adalah seramai 8 orang dan 3 orang pengawal keselamatan. Jumlah murid adalah seramai 798 orang termasuk
25 orang murid Prasekolah yang dibuka pada tahun 2007.
No comments:
Post a Comment