Monday 30 June 2014

HARI KECEMERLANGAN SUKAN DAN PERMAINAN 2014

           Pada 27 Jun 2014 telah berlangsung Hari Kecemerlangan Sukan dan Permainan Sekolah Kebangsaan Tok Sera. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang mendapat kecemerlangan dalam bidang sukan dan permainan bagi sesi 2014 yang telah diadakan bermula November 2013 hingga Mei 2014. 
           Matlamat program ini untuk memberi galakan dan semangat kepada  semua murid melibatkan diri dalam bidang sukan dan permainan.
Objektif program ini:
          i) Melahirkan wakil sekolah yang berpotensi untuk maju lebih cemerlang, mewakili sekolah, zon,     
            daerah, negeri dan kebangsaan.
         ii) Mengeratkan  hubungan dan kerjasama antara sekolah dengan warga sekolah, ibubapa, institusi 
             luar dan masyarakat.

Program ini dimulai dengan bacaa doa seterusnya bacaan Yaasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Fadhli Shah bin Alaudin. Bacaan Yaasin sempena menyambut Ramadha Al Mubarak. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah kepada 14 murid-murid yang mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam bidang masing-masing.