Friday 7 March 2014

PERTANDINGAN CERITA DAN PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2014

Pada 04 Mac 2014 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tok Sera telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Cerita (Tahap I dan II) dan Pidato Piala KPM Sekolah Randah Peringkat Daerah Kuantan bagi tahun ini.
Pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat Daerah Kuantan. Empat Zon dalam Daerah Kuantan yang terlibat iaitu; Zon Perkasa, Zon Perdana, Zon Juara dan Zon Jaguh. Seramai 2 orang wakil setiap zon bagi setiap kategori pertandingan yang melibatkan 24 orang peserta, seramai 24 orang guru pengiring dan 27 orang guru sebagai jawatankuasa tenikal dan kehakiman.

Sebanyak tiga tempat pertandingan disediakan seperti berikut:
1.   Dewan Bestari - Pidato Piala KPM Sekolah Rendah

2.   Pusat Sumber   - Cerita Tahap II

3.   Bilik Dunia Muzik - Cerita tahap I


Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Hamdan selaku wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan kerana memberi peluang kepada Sekolah Kebangsaan Tok Sera menjadi tuan rumah pertandingan ini. Jutaan terima kasih juga kepada zon-zon yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Sekalung penghargaan kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua guru dan kakitangan pendidikan yang bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini.
Semoga Kuantan akan sentiasa maju ke hadapan.

Majlis bersurai pada jam 1.30 petang.

Gambar-gambar Pendaftaran
 




 Gambar-gambar TaklimatPara Hakim di Bilik Mesyuarat SK Tok Sera







Gambar-gambar Pertandingan Cerita Tahap I Peringkat Daerah Kuantan








Gambar-gambar Pertandingan Cerita Tahap II Peringkat Daerah Kuantan







Gambar-gambar Pertandingan Pidato Piala KPM Peringkat Daerah Kuantan