Perutusan Tahun Baru 2017

Salam Sehati Sejiwa………
Selamat
Tahun Baru kepada semua warga pendidik dan staf sokongan SKTS. Sempena
kedatangan tahun baru 2017,
marilah kita bersama-sama mempertingkatkan lagi azam dan komitmen kita
dalam menitiskan ilmu kepada anak-anak didik kita melalui pendidikan berkualiti
untuk melahirkan insan berketrampilan pada masa hadapan. Semoga Tuhan sentiasa
merahmati kita dengan kesihatan yang baik dan melindungi kita dari segala
malapetaka.
Marilah kita bersama-sama
merealisasikan Visi Sekolah kita,
“MENJADIKAN SK TOK SERA ANTARA SEPULUH SEKOLAH TERBAIK DI DAERAH
KUANTAN MENJELANG 2018”
Berilah
sokongan kepada saya, Inilah guru besar anda, terimalah dan tegurlah dengan
kasih sayang apabila saya silap…. Marilah kita saling kuat- menguat, bahu-
membahu…. Barulah sekolah boleh cemerlang…. Sesuai dengan Moto “KUANTAN
MEMANG DI HADAPAN”… dan slogan sekolah “BERDISIPLIN, BERILMU, BERJAYA” jagalah
posisi masing-masing.
KERJASAMA DAN SALING MEMPERCAYAI MERUPAKAN ASAS PEMBENTUKAN INSAN
BERKUALITI
” JADILAH GURU DENGAN HATI”
Selamat
Tahun Baru 2017
TENGKU MOKHTAR TENGKU
ZAINAL
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK SERA
No comments:
Post a Comment