Sunday 18 May 2014

KARNIVAL BAHASA INGGERIS  

"LANGUAGE GAMES" 

PERINGKAT ZON JAGUH

                Karnival Bahasa Inggeris telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Tok Sera  pada 16 April 2014 yang lalu. Karnival ini khusus kepada Permainan Bahasa @ Language Games. Semua sekolah zon jaguh telah mengambuil bahagian dalam aktiviti ini. Penyertaan murid-murid yang aktif menambahkan kemeriahan karnival ini. 

                   Sebanyak 5 stesen permainan bahasa yang diketengahkan seperti "Word Train", "Word Scramble", "Spelling", "Word Search" dan "Crossword Puzzle".

Matlamat utama karnival ini ialah:
  • Mencintai Bahasa Inggeris
  • Menguasai Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan peratus pencapaian lulus dan cemerlang dalam Bahasa Inggeris
Kerjasama semua guru-guru semua sekolah zon jaguh amat bagus sekali. Setinggi-tinggi penghargaan kepada yang terlibat menjayakan program ini.